Canteen Day

wahh ! serious lama gila dah tak update post ! bukan apa , busy lah . I exam okay ~ so struggle sampai tak sempat nak jenguk blog ni haa . takpe2 , hari ni aku akan luangkan seluruh masa dan jiwa raga aku untuk kau blog . why ? cause I'm freedom ! hahaha ! *gelak guling2 .exam sudah settle yow. sekarang kita campak semua formula. kalkulator semua buang tepi . tinggal aku , leppy , handphone dan blog . yeahh .
okay today aku nak cerita tentang hari2 terakhir aku dekat sekolah. sedih bukan tak sedih. yelah bukan apa tahun depan ramai nak pindah sekolah lain. aku? aku kalau boleh tak nak sekolah terus lagi senang, tapi takpelah stay kot. bukan senang nak dapat suasana tarbiah macam SMAPR ni. nak pindah sekolah sains macam pelik pulak sebab sains form 1 pun satu haram aku tak paham. memebel pulak an? dah jangkit dengan cina buntal tepi jalan lah ni. okay balik kepada topik asal
muka dah ada can dah nak buat cafe sendiri ni. cehh. 10 tahun akan datang amin.

ha nampak tak menu tu? apa? tak nampak? nampak orang cantik jee? haha tu memang fakta *muntah hijau* tapi aku nak aim dekat menu tu. bebola sosej titanic ada laitea hong kong ada rapper burger ada ice blended marlavva ada slupry licious ada bubur ayam granade ada kimbap ada. nak apa ? semuaa ada. tengok siapa masak lah. orang perempuan kot. terasa enak terasa sedap sehingga bergetar mulut lidah bergoyang. 

patut lah telur hangus. ini kerja korang rupanya. haa gossip gossip! air liur semua terpercik dalam kuali. patutlah sedap semacam kimbap buatan cafe marvel ni. siapa nak masak sedap resepinya masukkan sesudu air liur. nak lagi sedap letak sebesen. confirm! mati terus.

nampak muka senyum je kan? ni dalam gambar je ni. cuba kalau dekat reality, mereka2 ni lah orang paling becok yang tak reti tutup mulut. asal cakap je diorang, asal diorang je cakap. sebab tu lah diorang kena jaga kaunter. senang sikit nak tarik pelanggan datang. bodek sikit makanan sedap confirm semua beli
kipot ni bukan main susah nak ajak bergambar. ada je alasan dia. ni bergambar secara terpaksa lah ni. kena paksa dengan orang sebelah dia tu ha yang tinggi semacam tu. muka cekodok lah pot. comel !
dekat dalam gambar ni jelas dan tak boleh dinafikan lagi lah bahawa jujul seorang yang tinggi gila! haha. kesian jul, asal nak pandang aku je mesti dongak 180 darjah ke atas.
dekat mana2 semua gambar dia. tak tipu, aku dah ronda semua gambar dekat kamera aku, takde muka dia memang tak sah. haha aina aina~
ni mai tegak je. cover cun lah tu. tapi serious lah memang cun. bergambar dengan kau memang buat aku merendah diri yang teramat. -_-
dayang, aku suka gambar kita yang ni, sebab nampak sweet. dua2 pejam mata. siap peluk2 bagai. padahal macam anjing dengan kucing, asik nak bergaduh je. annoying! tapi annoyed2 kau pun buat aku gelak sampai hilang perut weh. 
ratu ! paut aku kuat2. jangan sampai aku jatuh ! 
sah! semua marvel staff memang kaki selfie. tengok meja tu, siapa nak kemas? mentang2 semua makanan dah habis, ingat kerja pun dah habis? ni ajak bergmbar je ni baru nak berkumpul. suruh kemas semua lesap lari macam lipas kudung. ketuanya aku -_-

dum dam dum dam. ha! dengar tak tu? dah mula dah tu buat fasal. perut aku dah buat okestra drum pulak. ni cerita tentang Canteen Day punya fasal ah ni. kenangan akhir tahun ni akan tersemat dalam memori 100gb dekat dalam otak aku. prank pecah telur, air tumpah, makanan tak laku, gambar2 dan semua kenangan ni akan jadi penguat ukhwah kita. aku harap tahun depan yang nak pindah semua tu tak lupa aku yang akan stay terperap dekat SMAPR ni. sayang batch 00 forever ever after !

raya ke uolss ?

Kini diisytiharkan pada tanggal 17 Julai iaitu pada hari jumaat , semua kaum muslimin dan muslimat akan menyambut hari Raya Aldilfitri Almubarak setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan Almubarak -_-
BHAHAHA !! AKU SUDAH BEBASS !
jaga-jagalah wahai cucu cicit adam ,
aku akan hasutt kalian ikut bersamaku !! HAHA   -syaitan- 
yeahhh ! layaaa !! sukanyaaa hati kitee !!
hurm , buat biasa jee eah . jangan nak over sangat --'
eh mana boleh ! raya kott , x kan tak gembira ?
bukan tak boleh , tapi berpada-padalah .
  •  jangan terlalu gembira sedangkan ahli2 yg alim sedangkan bersedih untuk meninggalkan ramdhan 'almubarak' -_-
  • jangan terlalu gembira sampai lupaa rendang di kuali yee cik abang oi
  • jangan terlalu gembira sampai tangan kodong ~
  • jangan terlalu gembira sebab tahun ni raya lima hari jee -_-
  • jangan terlalu gembira macam rasa gembiranya musuh kita , wak syaitonn2 sekalian

hah ! hyee uolls ! tadi mukaddimah jee sebenarnya. hehe
tujuan post aku kali ni nak cerita pasal rayaa aku tahun ni . jyeahh !
tema baju raya kitorang ROYAL BLUE ~ aceeehhh 
haha . tapi jujur lah . raya this year tak sesyok macam tahun2 lepas .
kenapa ? first sebab smaprian2 sekalian boleh raya 5 hari je .siutt alhamdulillah :)
second raya ni tanpa abang mal sdn.bhd. maklum lah , zaujah dia nurse .
haih ~ tak best kan ?

tapi , tak best macam mana pun , tipu lah tak selfie kan ?
haha . itu wajib ! tak de macam dosa gituu . 
so , kasi campak lah gambar2 yg smart sbb dihiasi dgn insan yg comel2 belaka~
haha. 



banyak nye gamba ?
lah , kan blog aku . suka hati aku lah .

Salam Lebaran

i wish


i wish 
i can be the tissue for you.
with you when you sad. 
Wuuuu ~ Sob sob .

i wish
i can be the teletubies.
who can make you laugh. 
Hahahahaha Hahaha !

i wish 
i can be a pair of ear.
who can listen your story .
pot pet pot pet . and terus bebel like mak bidan ~

i wish 
i can be a mother
who can understand you.
alolololo ~

i wish
i can be a correction tape
that can erase your fault.
kau budak baik . aku tahu kau tak buat mcm tu.

AND

i wish 
i can be your friend . 
NO . i mean best friend.
yes . your best friend ever .
- FRIENDSHIP GOAL -

abaikan .

entah kenapa . 
malam ni rasa hiba . hiba sangat2 . 
tanpa aku perasan , air mata menitis tiba2.
haha . gembeng lah kau fizah . 
dulu kemain bajet . kuat lah , ape lah . 
nangis jugak rupe nye . 
dah2 . 
kak nurul nampak nanti kangg , kau jugak yang malu.
cepat2 lap air mata tu ! 
menitis jugak ? haih . jgn lah degil sgt mata .

entah kenapa . tiba2 aku nak taip ayat ni . 
suatu hari nanti , kita tetap akan terpisah .sama ada aku yg pergi tinggalkan kau atau kau yang pergi tinggalkan aku. tapi satu benda aku nak kau tahu . kau tetap duduk dlm hati aku yang paling dalam. sebab kenapa ? sebab kau ajar aku semuanya. kaulah yang ajar aku erti kebahagiaan , erti kesedihan .dan paling penting , kau ajar aku mcm mana nak menghargai seseorang. terima kasih sebab dah datang dlm hidup aku. aku akan ingat kau smpai bila2 dan aku akan sayang kau sampai bila2 . terima kasih sahabat :)