ha nampak tak menu tu? apa? tak nampak? nampak orang cantik jee? haha tu memang fakta *muntah hijau* tapi aku nak aim dekat menu tu. bebola sosej titanic ada laitea hong kong ada rapper burger ada ice blended marlavva ada slupry licious ada bubur ayam granade ada kimbap ada. nak apa ? semuaa ada. tengok siapa masak lah. orang perempuan kot. terasa enak terasa sedap sehingga bergetar mulut lidah bergoyang.
patut lah telur hangus. ini kerja korang rupanya. haa gossip gossip! air liur semua terpercik dalam kuali. patutlah sedap semacam kimbap buatan cafe marvel ni. siapa nak masak sedap resepinya masukkan sesudu air liur. nak lagi sedap letak sebesen. confirm! mati terus.
nampak muka senyum je kan? ni dalam gambar je ni. cuba kalau dekat reality, mereka2 ni lah orang paling becok yang tak reti tutup mulut. asal cakap je diorang, asal diorang je cakap. sebab tu lah diorang kena jaga kaunter. senang sikit nak tarik pelanggan datang. bodek sikit makanan sedap confirm semua beli
dekat dalam gambar ni jelas dan tak boleh dinafikan lagi lah bahawa jujul seorang yang tinggi gila! haha. kesian jul, asal nak pandang aku je mesti dongak 180 darjah ke atas.
dekat mana2 semua gambar dia. tak tipu, aku dah ronda semua gambar dekat kamera aku, takde muka dia memang tak sah. haha aina aina~
ni mai tegak je. cover cun lah tu. tapi serious lah memang cun. bergambar dengan kau memang buat aku merendah diri yang teramat. -_-
ratu ! paut aku kuat2. jangan sampai aku jatuh !
sah! semua marvel staff memang kaki selfie. tengok meja tu, siapa nak kemas? mentang2 semua makanan dah habis, ingat kerja pun dah habis? ni ajak bergmbar je ni baru nak berkumpul. suruh kemas semua lesap lari macam lipas kudung. ketuanya aku -_-
dum dam dum dam. ha! dengar tak tu? dah mula dah tu buat fasal. perut aku dah buat okestra drum pulak. ni cerita tentang Canteen Day punya fasal ah ni. kenangan akhir tahun ni akan tersemat dalam memori 100gb dekat dalam otak aku. prank pecah telur, air tumpah, makanan tak laku, gambar2 dan semua kenangan ni akan jadi penguat ukhwah kita. aku harap tahun depan yang nak pindah semua tu tak lupa aku yang akan stay terperap dekat SMAPR ni. sayang batch 00 forever ever after !